Assalamaualaikum Wr. Wb.
Pada kesempatan sebelumnya saya pernah menulis tentang 6 Wasiat Sayyidina Umar bin Khattab ra. Jika belum membaca silahkan dibaca terlebih dahulu.
Pada kesempatan ini saya ingin berbagi sebuah
Kisah yang cukup mengharukan umar bin khatab dengan salah satu putranya Abu Syahamah. Umar bin Khattab ra
.
adalah salah seorang khalifah yang terkenal dengan ketegasannya dalam
memimpin, Beliau tidak pernah memandang bulu ketika hukum-hukum Allah
haru dijalankan, termasuk keluarganya sendiri.
Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya
ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu
Syahamah.
Untuk mengetahui biografi lengkap dari sayyidina Umar silahkan lihat
biografi lengkapnya di wikipedia
Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang
dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya
akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai rasa syukur dan
tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah
lama tidak keluar rumah itu, menghadiri majlis jamuan besar-besaran di
sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga
terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta
sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.
Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani
Najjar. Dia melihat seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu
mendekatinya dengan maksud untuk memperkosanya. Ketika perempuan itu
mengetahui maksud buruk dari Abu Syahamah tersebut, dia berusaha untuk
melarikan diri sehingga berhasil mencakar muka dan merobek baju Abu
Syahamah. Malangnya dia tetap saja tidak berdaya menahan Abu Syahamah
yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah pemerkosaan
tersebut.
Akibat pemerkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya
anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu anak tersebut
dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap
Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya.
Kebetulan yang menjabat sebagai khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina
Umar ibnu Khattab.
"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar Bin Khattab ra
.
merasa terkejut dan heran. Perempuan itu berkata lagi: "Anak kecil ini
adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah."
Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"
Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah
yang nyawaku di tanganNya, dari pihak aku anak ini adalah halal dan dari
pihak Abu Syahamah, anak ini haram."
Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak mengerti maksud perempuan
Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang
menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar
pengakuan perempuan itu sehingga meneteskan air mata. Kemudian Sayyidina
Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan
budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya
supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan
seadil-adilnya."
Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan
kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan
aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."
Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun
bersumpah dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas
lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah
daging anakmu Abu Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai
jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau
berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat
Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa uang dan
kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah,
ambillah uang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan
halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada
yang kurang, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti."
Perempuan itu pun mengambil uang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina
Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.
Setelah perempuan itu pulang
Sayyidina Umar Bin Khattab ra. berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu
sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun
berkata: "Wahai anakku, kesinilah dan marilah kita makan sama-sama.
Tidakku sangka inilah hari terakhirmu untuk kehidupan dunia."
Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata,
"Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir
bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah
wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan
Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih
ingatkah engkau, hari dimana engkau pergi ke satu majlis di perkampungan
Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk?
Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani
Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu
memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil
diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar
aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."
Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat
suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada
seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi
engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam."
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mau tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar Bin Khattab ra
. dengan tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan
nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku
di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."
Ketika sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di
belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai
sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan
dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang
menyampaikan khabar tadi."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih,
pukullah anakku Abu Syahamah, pukulah dia dengan rotan dia sehingga dia
merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan
kerana Allah."
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu
akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah
apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah
sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan:
"Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan
lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya
aku dapat mengambil sedikit kesenangan."
Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon
kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat
bertaubat."
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku
menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka
bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka
lakukanlah dan engkau akan dipukul seperti ini lagi."
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali lagi.
Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."
Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli
neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu
air minum."
Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi
sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai
ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."
Sayyid
ina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan
kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."
Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak
sepuluh kali sabetan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata:
"Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini
sebelum aku mati?"
Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan heran kepadamu
sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di
akhirat nanti."
Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh
rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai
ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."
Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika
engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku
kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."
Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih
memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah
dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para
hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta
pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"
Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan
berkata: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan atas anakmu itu dan
kasihanilah dia."
Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah,
apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang
tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam
menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu,
sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina
Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu
Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang
sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi
sehingga hari kiamat.
Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai
menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus
kalinya.
"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila
melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar
mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu
Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah
umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara
mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa
tersebut.
Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab
al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu
Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina
Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan,
pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan
Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan
purnama, berpakaian putih dan Abu Syahamah duduk di hadapan baginda
dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada
Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak menyepelekan hak Allah dan suatu kebahagiaan
baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan
beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah
telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang
Maha Kuasa.
Wassalamualaikum Wr. Wb.